selamat hari raya kepada semua..thun nie wawa beraya lagi di kampung belah abah..bukan kmpung tapi taman..taman ria jaya, sg petani kedah..tahun seperti biasa mengikut tradisi iaitu akan adanya redang, ketupat daun palas dan paling special sekali yang selalu ditunggu ialah tapai buatan air tangan tok..bukan semua orang boleh buat ooo..ade setengah tu tapai pun tak kenal..sup gearbox juga termasuk dlam tradisi..pengelola utama mestilah Pak Chaq wawa..patutnye rya kali nie wawa sekeluarga blik malam rya dan oleh disebabkan tiada siapa yang mhu membantu tok wawa menyiapkan juadah kami pulang pada ramadhan ke 28..keesokannya kami bergotong royong menyiapkan juadah hari raya..best jugak..oleh kerana thun lepas wawa masih gagal menuntut ilmu cara2 menganyam ketupat..thun nie wawa cuba lagi..wawa tkut wawa tak sempat untuk belajar menganyam ketupat nie so wawa pun pulun la..setiap kali buat tak jadi..berpuluh2 kali la sampai menangis..tapi tak apa wa menangis sebab wawa nak mengekalkan tradisi nie..akhirnya..wawa berjaya juga..wah tak sabar nak tunggu tahun depan nak anyam ketupat..bagi wawa tahun nie tak berapa seronok la sebab tak ramai pun yang pulang ke kedah yang ada kak ina, orang jauh abg wan, kak nyah, abg iman, kak fitrah..makin lama makin tak seronok macam dulu la..abah kata tahun depan mungkin nak cuba sesuatu yang baru..kemungkinan la abah bercdang nak beraya di rumah sendiri dulu rya kedua bru blik kampung..wawa ikut je..tahun nie disebabkan abah dah tukar pakai kreta..kami ada masalah dri segi pengangkutan..mungkin thun depan masalah ini tiada dah..harap2 kak mira cpat2 keluarkan kereta bru dia...amin..
(p/s; kak manja bila nak blik kl tu singgah umah kami dulu..kami rindu anak buah kami si puteri tu..singgah la ye..)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan